Saturday, April 26, 2008

4s...sale, service, spare part, safety





Konsep 4S yang dibawa oleh Honda Malaysia adalah merangkumi keseluruhan dalam aspek jual beli motosikal Honda khas nya. Rangkuman itu termasuk lah jualan, perkhidmatan selepas jualan, alat ganti tulen dan keselamatan ketika menunggang... aspek ini amat dititik berat kan oleh Boon Siew (M) Sdn.Bhd kerana ini lah jurang antara pemilik-pemilik Honda 4S shop dan pemilik kedai motosikal yang tumbuh bagai cendawan dipasaran ketika ini..







SALE...JUALAN








Jualan adalah faktor utama dalam mana-mana perniagaan di dunia ini. Justeru dengan ini, faktor jualan jua lah yang menggerak kan operasi syarikat Swee Seng Heng Motor Sdn.Bhd... apa yang membezakan antara konsep 4S ini adalah layanan secara profesional dari kakitangan yang cukup terlatih. Layanan kelas pertama ini adalah satu pengalaman baru yang sukar dilupakan bagi pelanggan yang membuat pesanan pembelian motosikal Honda di Honda 4S shop ...Selamat datang!!







SERVICE...PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN












Disini lah bermula nya tanggung jawab sebenar bagi Swee Seng Heng Sdn.Bhd Honda 4S Shop, jualan yang laris bukanlah lesen bagi sesetengah pengusaha kedai motor mengabaikan khidmat selepas jualan yang kebanyakan nya terlepas pandang tentang kepentingan nya..kekerapan pelanggan melanggan produk anda adalah bergantung kepada khidmat yang diberikan selepas jualan..justeru itu pihak kami menyediakan satu suasana persekitaran yang tenang untuk pelanggan sambil menunggu para
mekanik profesional kami melakukan proses baik pulih motosikal, pelanggan juga akan di sajikan dengan minuman ringan sambil mendengar alunan muzik serta mendapat jaminan kualiti produk tulen Honda yang juga boleh di dapati disini..





SPARE PARTS....ALAT GANTI TULEN









Untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa bagi kenderaan Honda anda, adalah di galakkan supaya menggunakan alat ganti tulen yang di keluarkan oleh Boon Siew Honda (M) Sdn.Bhd , ini kerana kualiti alat ganti tulen ini adalah di jamin perbatuannya oleh pihak pengeluar Honda sendiri.Kesemua alat ganti tulen ini boleh didapati di Swee Seng Heng Motor Sdn.Bhd Honda 4S Shop...








SAFETY....KESELAMATAN MENUNGGANG







keterangan gambar : (Atas: admin bersama peserta dalam kempen keselamatan.Bawah: sijil penyertaan dan layak menjalankan latihan keselamatan)





Satu lagi faktor asas penting yang selalu nya di pandang sepi oleh bakal pembeli adalah asas pemanduan dan keselamatan ketika menunggang motosikal. mengikut perangkaan Jabatan Trafik Malaysia, kemalangan maut melibatkan pemandu dan pembonceng kenderaan motosikal saban tahun meningkat,purata kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa bagi penunggang dan pembonceng motosikal adalah hampir 6000 nyawa!...ini adalah satu lagi bencana besar kerajaan dalam mengurangkan kemalangan maut negara...Dengan itu atas inisiatif pihak pengeluar motosikal Honda, Boon Siew Honda (M) Sdn.Bhd telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengadakan kempen keselamatan jalan raya.. oleh itu setiap pelanggan yang datang membeli motosikal dari Honda 4S Shop ini akan diberikan keterangan ringkas mengenai ciri-ciri panduan berhemah serta beberapa soalan mengenainya yang kemudian nya akan direkodkan untuk mengenal pasti faktor-faktor kemalangan biasanya berlaku , dan pihak Syarikat Swee Seng Heng Sdn.Bhd serta kerjasama Boon Siew Honda (M) Sdn.Bhd turut mengadakan satu kempen keselamatan jalanraya yang melibatkan para pelanggan yang dihormati.



KESIMPULAN

Ini lah yang di maksudkan 4S , dimana keseluruhan proses berjalan dalam satu sistem yang efisien dan dinamik bagi memberikan para pelanggan satu kepuasan maksimum dalam berurusan dengan pihak kami.. Dengan tenaga kerja terlatih dan pengurusan yang dinamik ,segala proses pembelian akan berjalan dalam suasana yang amat profesional...Alami sendiri kesan dari kuasa membeli anda di Syarikat kami dan alami lah pengalaman nya.....



Hubungi segera penasihat jualan anda,



pejabat - 07-5300 595 , 07-5300 596, 07-5300 496



h/p - 012-794 1416



En Azmie Aris

No comments: